Wanita Jadi Simbol Seks Negara Selepas Menjadi Kurus


China – Tiga tahun lalu, berat Xia Yan, hampir mencecah 101 kilogram, namun kini dia menjadi simbol seks di China selepas berjaya menurunkan separuh daripada berat badannya itu.

Xia Yan, 25, menjadi gemuk selepas banyak menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan makan makanan segera tanpa melakukan sebarang aktiviti sukan.

Namun pada suatu hari, selepas melihat badannya di cermin ketika dia berdepan kesukaran untuk menyarungkan seluar jean, Xia Yan memutuskan sudah tiba masanya dia berubah.

PAY-Xia-Yan (1)

Xia Yan kemudiannya mendaftar di sebuah gym dan selepas tiga tahun, dia berjaya menurunkan berat badannya menjadi 49 kilogram.

Selain berlatih di gym, Xia Yan turut berlari dan berenang.
Dia yang kini menjadi jurulatih kecergasan, mendapat pujian dan diangkat

“Saya tidak mengharapkan hasil yang cepat dalam satu malam sahaja namun sebaik sahaja saya memulakannya, ia memberikan hasil yang baik.

“Saya sendiri turut terkejut dengan keputusannya meskipun saya tidak merasakan diri cantik seperti yang dikatakan ramai,’’ katanya.


0 Komentar untuk "Wanita Jadi Simbol Seks Negara Selepas Menjadi Kurus"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info