Syarikat penerbangan asal India, Spice Jet, mendapat kecaman dan terancam digrounded oleh pihak berkuasa penerbangan negara tersebut gara-gara aksi para pramugarinya melakukan tarian "panas" di lorong pesawat ketika pesawat tersebut sedang menyiarkan saat perayaan Holi atau Festival Warna pada Mac 2014. Berkaitan hal ini , dua juruterbang yang bertugas dalam penerbangan tersebut telah digantung.
Hal tersebut terjadi setelah rakaman video yang memperlihatkan para awak pesawat menari di ketinggian 35.000 kaki tersebar luas di internet. Walau kejadiannya sudah setahun lalu, namun hal tersebut tidak menghalang pihak berkuasa penerbangan India untuk melakukan siasatan dan menjatuhkan hukuman baru-baru ini.
Dalam video tersebut, awak di dalam penerbangan dari Goa ke Bangalore menari seksi ala Bollywood, sementara sang pilot juga kelihatan merakam tarian itu menggunakan telefon bimbit. Dalam melakukan tarian untuk menandakan perayaan festival Hindu, Holi, ini, para kru dilaporkan telah menyewa koreografer profesional.

Oleh kerana hal tersebut, DGCA (pihak berkuasa penerbangan India) semalam mengeluarkan sebuah notis untuk SpiceJet, dan mengatakan menari di dalam pesawat dengan nombor penerbangan SG-876 itu dapat membahayakan keselamatan pesawat dan mencipta sebuah 'persekitaran yang kacau', serta menjelaskan bahawa izin penerbangan syarikat penerbangan tersebut boleh digantung atau dibatalkan.
Syarikat penerbangan SpiceJet diberi masa selama 15 hari untuk bertindak balas kepada notis dari DGCA.
(Daily Mail, The Times)
0 Komentar untuk "Akibat Video Pramugari Cantik Menari Di Pesawat Ini Beredar Luas, Dua Pilotnya Dihukum"