Seorang pelancong wanita yang sedang mendayung di Hout Beach, Cape Town,
Afrika Selatan, tidak menyedari ada makhluk bawah air terbesar di
dunia mendekatinya iaitu seekor ikan paus yang besar bersama anaknya.
Setelah wanita tersebut menyedari ada sesuatu di belakangnya, dia berusaha mendekati dan melihat lebih dekat namun dia panik apabila paus tersebut menghampirinya. Dia berusaha mendayung sekuat tenaga menjauhi paus tersebut. Mujur paus tersebut berpusing dan meninggalkan wanita tersebut.
John Gerrets, 53, seorang pegawai waran dalam Dutch Army yang menyaksikan kejadian itu berpendapat, hal tersebut sangat berbahaya kerana induk ikan paus sangat agresif ketika bersama anak mereka. Ikan paus itu boleh membunuh wanita yang tidak dikenali itu dengan ekor mahupun siripnya.
0 Komentar untuk "Wanita sedang mendayung di laut tak sedar ada makhluk besar di belakangnya "