Terlalu Ekstrem, Power Rangers Yang Ini Bukan Untuk Budak



POWER Rangers sememangnya program TV yang amat popular dalam kalangan kanak-kanak.
Eelemen adiwira yang ditampilkan di dalamnya memang selari dengan jiwa budak lekai tetapi kini, ia bukan lagi untuk tontonan individu bawah 18 tahun.

Menerusi cereka pendek terbaharu terbitan Adi Shankar, filem Power Rangers betul-betul lari daripada tema asal apabila mengetengahkan pelbagai aksi ganas termasuk babitkan babak tembakan, bunuh dan dadah.
Cuma berdurasi 14 minit 19 saat, filem arahan Joseph Kahn itu membawa naratif penceritaan berbeza, malah ada pengkritik berpendapat karya itu gabungan beberapa filem terkenal seperti Batman Begins, Transformers dan Kill Bill.

3042821-poster-1280-joseph-kahn-power-rangers.
 Power4

Baru sahaja dimuatnaik semalam, video tersebut mendapat sambutan hangat apabila menerima lebih empat juta tontonan dan lebih 80 ribu likes.

Namun, reaksi bercampur diluahkan oleh peminat yang membesar dengan siri dan filem Mighty Morphins Power Rangers sebelum ini.

Kebanyakannya menyentuh aksi ganas yang ditampilkan hingga originaliti asal karya ini sudah hilang malah jalan cerita yang ditampilkan dianggap terlalu ekstrem.

Begitu pun bagi segelitir yang lain, mereka menyukai idea kali ini yang bagi mereka lebih realistik dan semasa.
Senang cakap, setiap orang memang memiliki pendapat masing-masing namun secara keseluruhan, kalau ada yang ingin mengimbau kenangan waktu kecil dengan menonton filem ini, lupakan sajalah hasrat itu.
Buat ibu bapa pula, jangan sesekali membenarkan anak anda menonton filem ini, ya!
Kalau anda tak percaya, tonton sendiri karya tersebut di bawah, terlebih dahulu.
0 Komentar untuk "Terlalu Ekstrem, Power Rangers Yang Ini Bukan Untuk Budak"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info