AMBOI, anak-anak zaman la ni bukan main kreatif dan cerdik dalam
memberi alasan. Malah tak dapat dinafikan, celoteh mereka sering kali
membuatkan ibu bapa menyerah kalah dan akhirnya mengikut kemahuan si
anak.
Bagaimanapun, ‘taktik’ adik bernama Naily yang cuba memujuk ibunya untuk ponteng sekolah, membuat ramai yang kerisauan.
Surat ditulis Naily kepada ibunya yang menjadi viral di laman sosial
ini pada awalnya kedengaran lucu namun kemudian mengundang kebimbangan
terhadap kesihatannya.
“Badan kita lesu dan penat, jantung kita lagilah penat. Sory ye mama…” ujar Naily dalam surat tersebut.
Dalam surat tersebut Naily kelihatan cuba memberitahu ibunya dia
menghadapi masalah untuk tidur namun apabila kerap mengulang cerita
tentang diri dan jantung yang penat, ia menimbulkan pelbagai persoalan.
Rata-rata netizen menyarankan ibu bapa Naily melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.
Betullah tu, kadangkala kanak-kanak tidak pandai menyampaikan masalah
yang dihadapi namun ibu bapa mesti prihatin hal sebegini supaya tidak
terlambat jika berlaku perkara tidak diingini membabitkan kesihatan.
Apa pun, didoakan adik ini tidak mempunyai apa-apa masalah kronik.
0 Komentar untuk "Alasan Adik Ini Tak Mahu Ke Sekolah, Buat Netizen Kerisauan"