(Video) Azan Ditengah Penyambutan Obama, Raja Arab Saudi Raja Salman Hentikan Protokelar dan Pergi Solat



Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memimpin sebuah delegasi penggubal undang-undang, pegawai kanan dan dua bekas menteri luar negeri AS ke Arab Saudi, hari Selasa (27/1), untuk menyampaikan penghormatan dan ucapan takziah kepada keluarga kerajaan, menyusul wafatnya Raja Abdullah.

Kedatangan Presiden America Barack Obama dan ibu negara Michelle Obama serta rombongan disambut raja baru Saudi, Salman bin Abdul-Aziz Al Saud setibanya di lapangan terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi.

Ditengah istiadat sambutan kenegaraan ini, ada kejadian yang sangat menarik. Ketika Azan Asar berkumandang Raja menghentikan protokol sambutan dan meminta izin pada tetamu (Obama) untuk menunaikan solat terlebih dahulu. Kejadian tersebut disaksikan jutaan rakyat melalui siaran televisyen secara langsung. Obama hanya sempat bengang di tinggalkan raja salman

 
Peristiwa tersebut memunculkan komen positif dengan perasaan bangga dan hormat kerana meletakkan solat dalam keutamaan.

Ahli dewan fatwa wilayah Qashim Dr Kholid al-Mushlih mengatakan: "Bahawa apa yang dilakukan oleh pelayan dua tanah suci Raja Salman bin Abdulaziz hari ini dengan mengutamakan solat dan melaksanakannya di tengah-tengah lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama merupakan bukti rasa hormat terhadap undang-undang Islam dalam segala keadaan ".

Beliau juga menjelaskan bahawa sikap Raja Salman memberi mesej kepada semua, bahawa hak Allah berada diatas hak apapun dan siapapun, dan sikap ini memberikan jaminan dan ketenangan bahawa pemimpin kami sangat perhatian terhadap syariat islam walaupun dalam keadaan dan keadaan apapun. (sabq.org/ almowaten.net/manhajuna.com)


*link video peristiwa ini: https://www.youtube.com/watch?v=reAyvS9kJ6Q
0 Komentar untuk "(Video) Azan Ditengah Penyambutan Obama, Raja Arab Saudi Raja Salman Hentikan Protokelar dan Pergi Solat"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info