Vienna – Bekas model Playboy yang bertukar kerjaya sebagai guru kini
berdepan risiko dibuang kerja selepas dia dilaporkan gagal hadir ke
sekolah, setelah mengalami kecederaan tulang belakang ketika membintangi
program realiti, ‘Rendezvous in Paradise’.
Kegagalan Doris Kemptner, 25, yang juga bekas Miss Vienna, untuk mengajar, telah mencetuskan kemarahan ramai.
Malah wakil rakyat kawasan itu dihujani dengan surat dan emel
daripada orang ramai yang marah dengan Kemptner dan mereka menyifatkan
dia tidak sesuai menjadi guru.
Dia yang memiliki ijazah dalam bidang falsafah, psikologi dan sains
nutrisi dari Universiti Vienna bagaimanapun bertekad untuk berdepan
dengan mereka yang mengkritiknya.
“Saya tidak hadir ke sekolah hanya dalam masa empat jam sahaja
disebabkan doktor memaklumkan bahawa saya tidak boleh terbang (menaiki
kapal terbang).
“Saya tidak tahu kenapa saya diserang sebegini rupa tapi saya tahu akan ada yang cemburu,’’ katanya.
Kemptner menjadi model Playboy pada bulan April 2009 dan pada 2012
dia menjadi model muka depan majalah Playboy untuk edisi Belanda.
0 Komentar untuk "Bekas Model Playboy Jadi Guru, Berdepan Hilang Kerja"