Jessica Long
Perenang paralimpik berambut perang ini dilahirkan dengan tulang kaki
yang rosak dan kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong daripada paras
tengah paha supaya tidak mengganggu tumbesarannya. Senasib dengan
Tatyana, Jessica diserahkan kepada sebuah rumah anak yatim di Siberia
dan ketika berusia 13 bulan, dia diambil sebagai anak angkat oleh
sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat.
Ibu bapa angkatnya menggalakkan Jessica membabitkan diri dalam bidang sukan dan dia menemui kebolehannya dalam acara renang.
Pada 2004 dia memasuki Sukan Paralimpik di Athens dan memenangi pingat emas pertamanya dan kini mengumpul lebih 10 pingat emas sukan Paralimpik musim panas dan musim sejuk.
Belia istimewa ini enggan mengalah dengan kekurangan fizikal dirinya dan ia memberi inspirasi kepada remaja OKU lain.
Admin kagum dengan semangat dan kejayaan remaja yang fizikalnya tidak sempurna, namun hebat dalam dunia sukan.
Dunia sukan sering dikaitkan dengan disiplin, semangat juang tinggi, malah kesempurnaan fizikal untuk menjadi yang terbaik.
Atlet juga sering dilihat sebagai seorang yang memiliki karisma dan
kesempurnaan fizikal lantas menjadi idola ramai terutamanya remaja.
Namun, bukan semua boleh mengaitkan diri mereka dengan ‘kesempurnaan’
pada atlet ini terutamanya belia orang kurang upaya (OKU) yang melihat
diri mereka berbeza dengan atlet berkenaan.
Situasi ini berubah apabila munculnya Sukan Paralimpik pada 1960 yang
diadakan khas untuk individu OKU yang berkebolehan tinggi dalam bidang
sukan. Acara yang diadakan setiap empat tahun ini menyerlahkan ramai
atlet OKU.
Pada awal penganjuran Sukan Paralimpik, kebanyakan atlet yang bertanding
adalah veteran perang dan atlet yang mengalami kecacatan akibat
kemalangan, penyakit atau sebagainya. Namun kini ramai atlet paralimpik
pada usia muda mengambil bahagian, sekali gus memberi inspirasi kepada
ramai individu terutamanya remaja yang senasib dengan mereka.
Kebanyakan atlet muda ini mempunyai kehidupan sukar pada awalnya, namun
bangkit membela diri sendiri melalui kebolehan mereka dalam dunia sukan.
Kejayaan mereka jelas membuktikan bahawa cabaran fizikal dimiliki
bukanlah halangan meneroka kebolehan diri, seterusnya berjaya dalam
bidang masing-masing.
Tatyana McFadden
Tatyana McFadden adalah atlet larian T54 iaitu perlumbaan atas trek menggunakan tangan dan kerusi roda yang memenangi pingat emas Sukan Paralimpik pada usia 23 tahun. Kini berusia 26 tahun, kehidupan Tatyana pada zaman kanak-kanak dan remaja tidaklah mudah.
Dia dilahirkan di Russia dengan keadaan lumpuh dari pinggang ke bawah.
Lebih menyayat hati, ibu kandungnya meletakkan dia di rumah anak yatim.
Oleh kerana rumah anak yatim itu serba kekurangan, Tatyana tiada kerusi
roda dan dia terpaksa bergerak dengan cara merangkak menggunakan
kedua-dua belah tangannya. Malah doktor menjangkakan bahawa Tatyana
tidak akan hidup lama dengan keadaan kesihatannya itu.
Keadaan ini berterusan sehingga Tatyana berumur enam tahun. Dia kemudian
diambil sebagai anak angkat oleh pelawat rasmi dari Amerika Syarikat,
Deborah McFadden. McFadden yang juga seorang ibu tunggal menjaga Tatyana
dengan penuh kasih sayang.
Menyedari Tatyana meminati bidang sukan, McFadden menggalakkan gadis itu
membabitkan diri dalam aktiviti sukan renang, gimnastik dan bola jaring
yang juga boleh menguatkan otot Tatyana.
Tatyana kemudian memasuki sukan Paralimpik pada usia remajanya dan
memenangi pingat perak. Sejak itu dia terus maju dalam sukan berkenaan
dan setakat ini memenangi lebih lima pingat emas selain beberapa pingat
lain.
Gadis ini melanjutkan pelajaran di Universiti Illinois dalam bidang
Pembangunan Kemanusiaan dan Keluarga dan mengetuai kelab sukan untuk OKU
di kampusnya.
Andrew Lapthorne
Pemain tenis paralimpik berusia 24 tahun ini dilahirkan dalam keadaan
cerebral palsy iaitu penyakit formasi kaki yang tidak sempurna dan
semakin teruk. Andrew hanya boleh berjalan tidak melebihi beberapa meter dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Namun, sejak usia kanak-kanak lagi dia tidak mahu keadaan fizikalnya
menghalang dia menjalani kehidupan seperti insan biasa dan dia nekad
mengambil kelas latihan sukan tenis untuk individu berkerusi roda.
Ketika latihan, dia berusaha mempelajari teknik dan kesungguhan, malah
bakatnya dilihat oleh seorang jurulatih sebelum dimasukkan ke dalam
kelas latihan untuk seorang atlet paralimpik.
Pada sukan paralimpik musim panas 2012, dia akhirnya memenangi pingat perak untuk sukan tenis berkerusi roda pada usia 21 tahun.
Daniel Dias
Danial, 27, pada mulanya sedih dengan kehidupannya kerana dilahirkan
kudung kaki dan tangan. Namun, apabila melihat atlet renang dalam Sukan
Paralimpik 2004, dia mendapat inspirasi dan nekad mengubah pemikiran
serta nilai hidupnya.
Pada usia 16 tahun dia memasuki kelas renang dan berlatih berenang
hampir setiap hari. Pada usia 20 tahun, dia melayakkan diri memasuki
Sukan Paralimpik di Beijing untuk mewakili negaranya iaitu Brazil.
Danial memenangi empat pingat emas pada acara itu dan antara perenang lelaki termuda dalam acara sukan berkenaan.
Walaupun hebat dalam bidang sukan, Danial masih tidak mahu ketinggalan
dalam dunia akademik dan memperoleh ijazah dalam Kejuruteraan dan
Pendidikan.
0 Komentar untuk "Pasti Ramai Yang Tidak Percaya Dengan Kisah Mereka Ini"