LONDON – Kajian terbaharu firma penyelidik
antarabangsa AlterNet dan pengeluar kondom terbesar dunia, Durex
mendapati rakyat China berada di tempat pertama dari segi kepuasan seks
berbanding negara lain di dunia, lapor media pada Isnin.
Penemuan cukup memeranjatkan ramai pakar seksologi
itu mendedahkan, warga China paling kuat seks sehingga banyak kedai
peralatan seks beroperasi di semua bandar selain bisnes secara online alat permainan seks amat laris di pasaran.
Dianggarkan 78 peratus orang dewasa di China
melakukan persetubuhan dengan pasangan sekurang-kurangnya seminggu
sekali malah ekspo pameran dan penjualan barangan seks yang diadakan di
Shanghai sudah pun memasuki tahun ke-12.
Durex yang diasaskan di Britain sejak 1915 dengan
mengeluarkan lebih satu bilion kondom setahun menerusi 18 buah kilang di
seluruh dunia menjelaskan, kriteria tertinggi kepuasan seks diperoleh
hasil rasa saling cinta-mencintai antara suami isteri.
Faktor berikutnya untuk mencapai ukuran kenikmatan seks yang bahagia ialah kehidupan tanpa stress diikuti kemampuan orgasme atau tempoh ejakulasi yang lama, tahap kesihatan batin dan kekerapan mengadakan hubungan kelamin.
Tempat kedua kajian itu ialah Jerman apabila
didapati rakyat negara Eropah itu bebas bersuara mengenai seks secara
terbuka di sekolah dan tempat kerja selain 32 peratus pernah melakukan
zina spontan semalaman tanpa komitmen ikatan.
Kedudukan ketiga dimenangi oleh Brazil
disumbangkan faktor cuaca hangat tropika dan festival samba tahunan yang
menampilkan ramai gadis jelita berpakaian seksi diikuti pesta seks
bebas dalam kalangan rakyatnya dan pelancong asing.
Statistik menunjukkan 82 peratus warga Brazil
melakukan seks sebanyak 145 kali setahun atau tiga kali seminggu
menyebabkan majoriti anak dara rakyat negara Amerika Latin itu hilang
keperawanan lebih cepat berbanding negara lain.
Negara berikutnya ialah Australia dengan kajian mendapati 27 peratus
penduduk Australia mengaku pernah berasmara di dalam kereta dan hampir
30 peratus wanita Australia mengaku bahagia dengan kehidupan seks
mereka. – Agensi
0 Komentar untuk "Kajian Durex: Rakyat China Paling Kuat Seks Diikuti Jerman"