Wanita Ini Tukar Nama Abcdefg Kerana Bosan


BOGOTA - COLOMBIA. Bosan dan inginkan kelainan, seorang wanita telah menukar namanya kepada Abcdefg Hijklmn Opqrst Uvwxyz.

Abcdefg, 36, sebelum ini dikenali sebagai Ladyzunga Cyborg mempunyai tabiat kerap menukar namanya dan merasakan keperluan untuk sentiasa ‘mentakrifkan semula’ dirinya bergantung kepada ‘mood’.

Menurutnya, keputusannya untuk menukar nama adalah kerana saya sentiasa mahukan nama yang sukar untuk disebut.

"Saya menukar nama supaya orang tidak mengenali saya tetapi ia bukan kerana saya telah diganggu tetapi adalah kerana saya sukakan sesuatu yang luar biasa", katanya dipetik Mirror.UK.

Abcdefg seorang guru dan kini mengajar seni dan fotografi di tiga buah universiti dan juga pereka fesyen secara sambilan.

Dia telah menghabiskan masa selama dua tahun berjuang untuk mendapat kebenaran menukar nama barunya itu.

0 Komentar untuk "Wanita Ini Tukar Nama Abcdefg Kerana Bosan"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info