Wanita Bunuh Diri Selepas Gambar Mencuri Disiarkan Di Televisyen


LONDON – Seorang wanita, Elizabeth Outram membunuh diri selepas sebuah produksi televisyen telah merakamkan gambar dia mencuri jaket kulit di pusat beli belah TK Maxx dan disiarkan dalam televisyen.
Outram yang menerima rawatan sakit mental itu ditemui mati tergantung di rumahnya di timur London, selepas meraikan hari jadinya bersama rakan-rakan pada 14 Ogos tahun lepas.
Perkara itu didedahkan oleh kakaknya, Alexandra, 31, dalam inkues yang diadakan di mahkamah.
Outram dirakamkan cuba menukar tanda harga pada jaket kulit di TK Maxx dan telah didakwa di mahkamah kerana menipu.
Menurut Alexandra, sejak kejadian itu, adiknya menjadi trauma dan sering diganggu oleh syarikat produksi berkenaan.
“Mereka menghantar mesej dan menghubunginya. Adik saya terpaksa menyamar sebagai saya dan meminta supaya dia tidak diganggu lagi ketika menghubungi mereka,’’ katanya.
Jelas Alexandra, adiknya itu memerlukan sokongan kerana mengalami masalah mental.
Bagaimanapun inkues tersebut dimaklumkan bahawa ketika itu, kesihatan mental Outram telah bertambah baik namun ia kembali merosot susulan insiden TK Maxx berkenaan.
0 Komentar untuk "Wanita Bunuh Diri Selepas Gambar Mencuri Disiarkan Di Televisyen"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info