Media tempatan pada Selasa melaporkan, peristiwa itu kebetulan berlaku ketika sambutan majlis hari lahir Zhang pada Isnin apabila Wang, seorang bintang rock terkenal di China, mengirim sebuah drone putih yang membawa sebentuk cincin berlian.
Wang, 43 tahun, yang menubuhkan kumpulan rock popular No.43 Baojia Street sejak belajar di sebuah kolej muzik di sini pada 1994; kemudian dilihat mengambil cincin itu dan berlutut untuk meminta kesediaan Zhang menerima lamaran dirinya.
Duda yang pernah berkahwin dua kali itu akhirnya gembira lega apabila Zhang sanggup berkata: “Ya”, sekali gus menyebabkan drama airmata spontan dan disambut tepuk tangan tetamu yang hadir menyaksikan peristiwa tersebut.
Sehari setelah lamaran, Zhang yang mula menjadi terkenal melalui filem kung fu Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000 itu; memuat turun foto bunga api menerusi akaun laman sosial milik peribadinya dan menulis, “Saya bersedia.”
Zhang pada 2012 pernah mencipta tajuk berita utama media China apabila menerima lamaran seorang lelaki Muslim tempatan dari suku etnik Hui, Sa Beining yang mengirim sejambak besar 9,999 kuntum bunga mawar kepada beliau.
Hubungan Zhang dengan pengacara stesen televisyen tempatan itu turut mendapat restu ahli-ahli keluarga dan mereka pernah berkucupan mesra pada majlis hari lahir ke-33 tahun aktres jelita tersebut selepas setahun menjalin hubungan serius.
Namun, ia tinggal kenangan secara misteri dan Zhang pernah dikritik kerana berpacaran dengan seorang pegawai tentera rejim Israel, Vivi Nevo, selain peranannya sebagai gadis pekerja seks Jepun dalam filem epik Memoirs of a Geisha pada 2005.
Aktres tersebut malah pernah dikritik kerana mungkir janji untuk menyumbangkan derma peribadi sebanyak 1 juta yuan (RM500,000) kepada Palang Merah China untuk tabung bantuan mangsa gempa bumi terburuk di Sichuan pada 2008. – Agensi
0 Komentar untuk "Putus Dengan Lelaki Muslim, Zhang Ziyi Kahwin Penyanyi Rock?"