Kisah Seorang Jutawan Dan Wasiat Peliknya | Seorang jutawan yang kini sedang sakit tenat dan hanya menunggu ajal telah menyuruh anak-anaknya yang tersayang dikumpulkan.
“Anak-anak
ayah, bila ayah sudah tidak ada nanti, ada permintaan ayah kepada kamu
semua. Tolong pakaikan stokin kesayangan ayah, walaupun stokin tu koyak,
ayah ingin pakai stokin kesayangan ayah kerana banyak kenangan ayah
bersama stokin tu, minta stokin itu dipakai bila ayah nak dikafankan
nanti.”
Akhirnya
jutawan itu meninggal dunia. Saat mengurus jenazah dan saat
mengkafankan, anak-anaknya meminta tuan imam untuk memakaikan stokin
yang koyak itu sesuai dengan permintaan terakhir ayahnya. Akan tetapi
tuan imam menolaknya,
“Maaf secara syariat hanya 2 lembar kain putih saja yang dibenarkan dipakai kepada mayat.”
Terjadi
pula perbalahan antara anak-anak jutawan yang ingin memakaikan stokin
koyak dan tuan imam serta beberapa orang ustaz lagi yang berada di sisi
jenazah yang melarangnya. Kerana tidak ada titik temu dipanggilah
penasihat keluarga yang juga seorang peguam.
Beliau berkata,
“Sebelum meninggal dunia, arwah ada memberikan saya surat wasiat, kita bacalah bersama mana tahu ada petunjuk.”
Maka dibukalah surat wasiat jutawan tadi buat anak-anaknya yang dipesankan kepada peguam tersebut.
Suratnya bertulis,
“Anak-anakku
pasti sekarang kamu semua sedang berbalah kerana dilarang memakaikan
stokin koyak kepada jenazah ayah. Lihatlah, padahal harta ayah banyak,
wang berlimpah dengan kereta mewah, tanah, rumah dan ladang yang banyak
tapi tidak ada ertinya ketika ayah sudah meninggal. Stokin koyak tu pun
tidak boleh dibawa mati. Begitu tidak berertinya dunia buat ayah ketika
ini, kecuali amal ibadah, sedekah dan doa-doa daripada kamu semua.
Anak-anak ayah, inilah yang ingin ayah sampaikan agar kamu semua tidak
tertipu lagi dengan dunia. Salam sayang dari ayah yang ingin melihat
kamu semua menjadikan dunia sebagai jalan menuju Allah.”-sumber
0 Komentar untuk "Kisah Seorang Jutawan Dan Wasiat Peliknya"