Seorang pelanggan
yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada
anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun
insiden itu berlaku.
Tindakannya
membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki
tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk 'membayar' makanan itu.
Hidangan piza
yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya
itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69).
Antara yang
dinyatakan di dalam surat itu: "Pada 2002, saya menggunakan cek tendang
untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat
sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat
menyelesaikannya.
"Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah."
Permohonan
maafnya diteruskan dengan kenyataan: "Saya telah bekerja keras dan
membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia
adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang
saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.
Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.
"Lelaki itu
tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan
keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali
faedah dalam bayaran itu," menurut salah satu komen. - metro.co.uk
0 Komentar untuk "Kisah Lelaki Membayar Balik Pizza Yang Dicuri 13 Tahun Yang Lalu "