Menjadi rakyat di negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia, memang bukanlah pekara yang mudah.
Begitu sukarnya mencari rezeki untuk memenuhi keperluan hidup sehinggalah mendapatkan tempat tinggal yang sesuai.
Sama seperti
apa yang dirasakan wanita cantik dari China ini. Dilahirkan sebagai
wanita yang cantik bukanlah mudah bagi dirinya untuk mengais rezeki di
negaranya.
Demi membeli
keperluan rawatan ibunya yang sakit, Lolita, akhirnya terpaksa memilih
berkerja sebagai pemungut barang kitar semula.
Lolita mengakui
persaingan mencari kerja di negara China itu sangatlah sukar. Mempunyai
gaya yang menarik dan paras rupa yang menawan tidak menjadi jaminan
diterima kerja di sebuah syarikat.
Memetik perkongsian di sebuah blog,
gadis cantik ini heboh diperkatakan di media sosial di China. Gadis
berusia 18 tahun itu dilihat sering berkeliaran mengais sampah di
jalanan Ibu Kota Beijing.
Kisah hidupnya
sangat mengharukan. Ia terpaksa meninggalkan kampung halamannya untuk
mengais rezeki di Beijing dan pernah bekerja di restoran.
Namun kerana
gaji yang terlalu kecil sementara itu beliau terpaksa membiayai Ibu dan
adiknya, Lolita terpaksa mencari jalan keluar dengan menjadi pemungut
barang kitar semula.
Dengan dandanan
ala kadar, kecantikannya masih terpancar. Walaupun mempunyai kecantikan
yang luar biasa, Lolita tak malu untuk bekerja sebagai pemungut barang
kitar semula untuk mendapatkan wang demi kos perubatan Ibunya.
0 Komentar untuk "Gadis berusia 18 tahun ini Adalah Pengemis Paling Cantik Di Dunia"