Cara Kejam Polis Tumbangkan Kerbau Mengamuk Di China

Kecoh apabila seekor kerbau dengan berat lebih dari 700 kilogram mengamuk di pusat bandar Pixian, Chengdu, China pada 29 Januari lalu. Haiwan itu membuat lalu lintas terhenti sementara dan beberapa orang pejalan kaki tercedera. Kerbau itu gagal kawal oleh pemiliknya dan pegawai polis yang cuba menghalangnya.

Untuk menamatkan kekecohan tersebut, seorang polis berusaha menjatuhkannya dengan dengan melanggar menggunakan kereta, tapi kerbau masih kuat berdiri. Kerbau itu akhirnya berjaya di tumbangkan selepas polis melanggarnya dengan kereta peronda jenis SUV dan melepaskan tembakan sebanyak 4 kali.

Selepas empat tembakan, pegawai polis, Qiu Yi, yang memandu kereta SUV  melanggar kerbau itu dan menolaknya hingga tersepit di pokok.


0 Komentar untuk " Cara Kejam Polis Tumbangkan Kerbau Mengamuk Di China"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info