ROMANIA – Seorang bapa yang tidak tergamak melihat anak perempuannya yang berusia 18 tahun bergambar bogel dalam majalah Playboy, akhirnya nekad membunuh diri.
Meskipun kejadian tersebut sudah enam tahun berlalu namun ia sentiasa
menghantui anak perempuannya itu, Loredana Chivu yang kini sudah berusia
25 tahun.
Ketika mendedahkan perkara itu, Chivu berkata, dia bergambar untuk
majalah Playboy edisi Romania dan selepas bapanya melihat gambar
berkenaan, dia menjadi amat marah dan mula menjauhi Chivu.
“Dia tidak lagi bercakap dengan saya dan dia amat sedih.
“Apabila dia mengetahui apa yang saya lakukan, dia mula memencilkan diri
daripada orang ramai termasuk saya dan anggota keluarga yang lain,’’
katanya.
Menurut Chivu, dia menjangkakan bapanya itu akan sembuh dan kembali
seperti normal namun tidak menyangka lelaki itu akan membunuh diri.
Model berkenaan mempunyai hubungan yang baik dengan bapanya sebelum ini,
tidak menyangka dia sendiri akan menemui mayat bapanya tergantung di
dalam rumah.
“Saya balik ke rumah beberapa bulan selepas gambar berkenaan dikeluarkan
selepas memutuskan mahu berbaik dengan bapa saya tetapi tidak sangka
akan berdepan dengan perkara ini.
“Saya tidak pernah pulih daripada kejutan menyaksikan mayatnya tergantung,’’ katanya.
Chivu yang kini menetap di Bucharest, berkata, peristiwa enam tahun itu
telah menghantuinya dan berharap ia tidak akan berlaku kepada orang
lain.
Jelasnya, keadaannya bertambah parah apabila tidak mengetahui kenapa bapanya itu membunuh diri.
0 Komentar untuk "Bapa Bunuh Diri Kecewa Anaknya Berb0gel Untuk Majalah Playboy"