Lelaki Ini Memiliki Bulu Mata Terpanjang Di Dunia



Lelaki asal Kiev, Ukraine, Valery Smagliy, 58 tahun, mempunyai bulu mata terpanjang. Bulu matanya tumbuh mencapai hampir 3 cm selepas makan sesuatu.

"Saya mula makan sesuatu dan melihat bulu mata saya benar tumbuh dengan cepat pada masa yang sama," ujar Smagliy, dipetik dari Mirror.co.uk.

Tetapi, ia menolak memberitahu makanan apa yang diambil, yang menyebabkan bulu matanya tumbuh cukup panjang. Ini lantaran Smagliy ingin menjual bulu matanya tersebut.

"Saya terfikir untuk menjualnya, jadi saya memilih untuk merahsiakan apa itu," ungkapnya.

Bulu mata tersebut saat ini telah dipotong. Tetapi, Smagliy mendapat banyak pujian dari kaum wanita yang iri lantaran bulu matanya tumbuh secara semula jadi. Tetapi, bagi kaum lelaki, ia dianggap gila.


"Banyak orang tidak menaruh perhatian ketika bercakap dengan saya kerana mereka selalu melihat bulu mata saya. Para wanita akan menghentikan saya dan bertanya apa rahsianya, mereka boleh melihat bahawa ini nyata dan bukan palsu," terangnya.

Meski demikian, Smagliy mengaku merasakan keletihan pada kelopak matanya kerana bulu mata tersebut semakin berat. "Dan membuat saya sukar melihat dengan baik," katanya.

Dia pun merancang mendaftar ke pejabat cawangan Guinness Book of Record agar bulu matanya masuk rekod dunia. Malangnya, Smagliy belum boleh memecahkan rekod dunia bulu mata terpanjang yang dipegang oleh Stuart Muller sepanjang 6,99 cm.
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Memiliki Bulu Mata Terpanjang Di Dunia"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info