Mengejutkan apabila selebriti antarabangsa, Lindsay Lohan didakwa memuat
naik gambar ayat Al-Quran dalam laman akaun Instagram miliknya.
Seakan pelik dan aneh, gambar tersebut sekaligus heboh diperkatakan masyarakat netizen seluruh dunia.
Perkongsian ayat Al-Quran yang bermaksud ‘Ya Tuhanku, tingkatkan aku dengan ilmu pengetahuan’ dan ‘Ya Allah, aku memohon kepadamu ilmu pengetahuan yang bermanfaat’dilapor telah dimuat naik Lindsay Lohan beberapa jam yang lalu.

Lindsay yang cukup sinonim sebagai bintang penuh kontroversi seakan
tidak boleh lari dari menimbulkan pelbagai persoalan dan pertanyaan para
peminat.
Rata-rata peminat dilihat cuba mempersoalkan status agama yang dianuti aktres wanita popular ini.
Bagaimanapun, ada peminat yang mendakwa perkongsian ayat Al-Quran tersebut tidak boleh menggambarkan agama seseorang.
Pun begitu, kita tidak boleh menidakkan hidayah yang diturunkan Allah SWT kepada insan yang terpilih.sumber
0 Komentar untuk "Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran Dalam Instagram? "