TAN Sri Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai US$11.3 bilion, menurut Senarai Individu Terkaya terkini oleh Forbes.
Kuok, 91 tahun dilaporkan berjaya mengekalkan dikedudukan ini semenjak 2006 dan sekaligus mengunguli carta teratas itu bagi 10 tahun berturut-berturut.
Beliau menjalankan pelbagai rangkaian perniagaan dalam sektor minyak sawit, gula, hartanah dan perhotelan.
Menurut Forbes, Kuok Group menguasai beberapa syarikat yang tersenarai di Hong Kong, Malaysia serta Singapura.
Pun begitu, nilai kekayaan menyusut daripada US$200 juta kepada US$11.3 bilion.
Sementara itu, beberapa hartawan perniagaan tempatan turut kekal pada kedudukan masing-masing dalam Senarai Individu Terkaya Malaysia seperti tahun lalu meskipun kekayaan mereka terbukti terjejas akibat penurunan harga minyak dan ringgit.
Manakala, kedudukan seterusnya disandang oleh Ananda Krishnan dengan kekayaan bernilai US$9.7 bilion, Tan Sri Quek Leng Chan (US$5.6 bilion), Tan Sri Lim Kok Thay (US$5.5 bilion), Tan Sri Teh Hong Piow (US$5.4 bilion), Tan Sri Lee Shin Cheng (US$4.6 bilion), Tan Sri Yeoh Tiong Lay (US$3 bilion), Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary (US$2.9 bilion), Goh Peng Ooi (US$1.55 bilion) dan Tan Sri Lee Oi Hian serta Datuk Lee Hau Hian US$1.45 bilion.
Senarai penuh boleh diperolehi di www.forbes.com/malaysia dan edisi terbaharu Forbes Asia
0 Komentar untuk "Robert Kuok Kekal Individu Terkaya Di Malaysia – Forbes"