Kalau disebut mesin vending (layan diri), pasti ramai yang terus membayangkan mesin menjual air tin atau kotak yang terdapat di tempat awam di Malaysia.
Tetapi, kalau di Jepun, bukan setakat mesin menjual air sahaja yang
disediakan, mesin menjual mi segera, rokok, bunga, bateri, dan surat
khabar pun ada.
Tidak cukup dengan itu, mesin menjual serangga, telur, beras, seluar dalam wanita dan majalah lucah pun ada! Erkk…
Lebih menarik, ada mesin vending yang menggunakan konsep touch screen terutamanya di stesen keretapi di Tokyo.
Harapnya, suatu hari nanti mesin vending penuh variasi (kecuali majalah lucah) seperti ini akan wujud di negara kita suatu hari nanti.
Barulah jimat masa dan tenaga, tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Mesin Vending Di Jepun…Spender Dan Majalah Lucah Pun Ada!"