Menarik..!! Kisah Cinta Mahasiswi Cantik ini Bikin Dunia Terharu

Seorang gadis cantik rela meninggalkan bangku kuliah demi berkahwin dengan lelaki cacat selepas berkenalan secara online - meski hanya mengenalinya dalam tiga hari.

664xauto-mahasiswi-cantik-tinggalkan-kuliah-demi-menikahi-pria-cacat-150212v


Mahasiswi cantik Xiao Dan, 22 tahun, berkenalan dengan Kong Chuang, 23 tahun, melalui aplikasi mesej singkat WeChat.

Xiao begitu kagum dengan semangat hidup yang ditunjukkan Kong. Dia memutuskan untuk tidak meneruskan kuliahnya agar boleh merawat lelaki tersebut.

"Kong tidak seperti rakan-rakan lain yang aku kenal semasa online. Dia sosok yang menakjubkan dan kami sering berbual hingga larut malam, "kata Xiao dikutip Dream.co.id dari laman Mirror.co.uk, Khamis 12 Februari 2015.

"Hari berikutnya kami berbual lagi dan aku memutuskan, meski harus meninggalkan kuliah, untuk berkahwin dengannya agar boleh menjaga."

Xiao mengaku tidak menduga jika Kong cacat dan sedikit terkejut apabila mengetahuinya.

Xiao bilang dia berbual dengan Kong kerana pandai bermain piano dan wajahnya mirip selebriti asal Taiwan, Jay Cho.

Namun selama berbual dengan Kong, Xiao kagum dengan pandangan hidup Kong yang selalu optimis. Xiao juga merasa diilhamkan oleh tekad yang luar biasa dari Kong untuk berjaya, terlepas dari keadaan fizikalnya.

Pasangan yang sedang dirundung asmara ini kini tinggal di rumah keluarga Kong di bandar Guangzhou, Guangdong, China.

Xiao mengatakan dia akan mencari pekerjaan dan pindah ke rumah mereka sendiri sehingga boleh merawat calon suaminya dengan baik.

"Aku tidak menganggap diriku optimistik. Aku hanya tahu kemana aku melangkah dan meraih apa yang aku inginkan, "kata Kong.

Kong merasa sangat bahagia Xiao memilih dirinya sebagai suaminya.

"Aku sebenarnya tidak pantas untuknya. Tapi aku berjanji akan membuatnya terus bahagia. "
0 Komentar untuk "Menarik..!! Kisah Cinta Mahasiswi Cantik ini Bikin Dunia Terharu"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info