Brazil – Cuti yang sepatutnya dipenuhi dengan rasa gembira bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diserang ikan piranha sehingga meninggal dunia.
Difahamkan, semasa kejadian itu, mangsa bersama dengan neneknya serta kanak-kanak yang lain sedang bergembira di dalam kanu. Namun, secara tiba-tiba kanu itu tenggelam.
Menurut nenek mangsa, selepas terjatuh ke dalam sungai, dia cuba menyelamatkan cucunya. Malangnya mangsa terlepas dari pegangannya ketika keadaan kelam kabut.
Nenek mangsa cuba mendapatkan bantuan dari penduduk setempat. Sekembalinya ke sungai berkenaan, mangsa sudah tidak kelihatan.
Tidak berapa lama kemudian, mangsa ditemui dan diangkat ke bahagian darat. Alangkah terkejutnya mereka, kedua-dua kaki mangsa hanya tinggal tulang akibat dimakan oleh ikan piranha.
Polis menyifatkan ia sebagai kemalangan tragis.
0 Komentar untuk "Maut Diserang Piranha, Kedua Kaki Tinggal Tulang "