Lelaki Ditahan, ‘Bungkus’ 12 Burung Kelicap Dalam Seluar


Situasi ini boleh disamakan dengan pepatah ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.
Kes ini direkodkan berlaku pada September 2011 di Cuba, namun sebuah portal fun919.com menyebarkan gambar-gambar kejadian tersebut baru-baru ini.

Seorang lelaki cuba menjadi ‘kreatif’ untuk menyeludup hidupan lindungan di lapangan terbang Rochambeau, Cayenne, French Guiana, agar tidak tertangkap, namun kerana perlakuannya mencurigakan, dia ditahan oleh pihak berkuasa di situ.


article-2042474-0E1C54FB00000578-452_634x470
 article-2042474-0E1C556A00000578-448_634x468

Menurut laporan, ketika menjalani pemeriksaan,  mereka menemui sejumlah 12 ekor burung kelicap (hummingbirds) yang disembunyikan individu berkenaan di bahagian dalam seluarnya. Agak-agak lemas tak burung tu?

Lagi uniknya, burung-burung tersebut dibalut dengan kain dan pita pelekat agar ia tidak terbang keluar!

article-2042474-0E1C555300000578-179_634x414

Menurut laporan berita antarabangsa, burung-burung tersebut telah disuntik dengan sedatif agar ia tidak aktif. Kalau tak, maunya burung-burung tersebut berkicau dalam seluar lelaki itu!

Dalam laporan sama, lelaki tersebut juga dipercayai pernah ditahan kerana kes penyeludupan haiwan sebelum ini. Macam-macam! – MYNEWSHUB.CC



0 Komentar untuk "Lelaki Ditahan, ‘Bungkus’ 12 Burung Kelicap Dalam Seluar"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info