INDIA: Seorang kanak-kanak Verdant Joshi,
4 tahun yang mempunyai kekai besar sebelah hidup dalam keadaan agak
tertekan kerana sering dibuli, diejek dan dimalukan.
Beliau mempunyai tepak kaki sepanjang 11 inci dan seberat 5.4 kilogram
namun masih mampun untuk berlari dan berjalan seperti orang lain.
Penyakit yang dialaminya ini sehingga sekarang menjadi misteri
dikalangan pelopor bidang perubatan dan kajian mengenai penyakitnya ini
masih dijalankan.
Malah ramai doktor yang mencadangkan supaya kaki budak itu dipotong
manakala sebahagian yang lain pula menyatakan keadaan budak berkenaan
tidak mengancam nyawanya.
Bapa kanak-kanak ini, Dilip Kumar Joshi, 30, merayu kepada doktor
diseluruh dunia agar dapat merawat kaki anaknya itu kerana tidak mahu
kakinya dipotong.
"Saya telah emncuba pelbagai jenis ubat-ubatan seperti homeopathi, pakar tulang dan kulit, namun semuanya menemui kegagalan."
“Doktor dari Amerika juga tidak dapat memberitahu apa silapnya, Ada yang
kata hormonnya tidak seimbang, ada yang kata darah tidak mengalir
dengan sempurna serta takungan air,’’ katanya.
Dalam pada itu, Verdant pula berkata, keadaan tapak kakinya yang besar
itu menyebabkan dia tidak boleh berlari pantas dan sering diketawakan
oleh rakan sebaya yang lain.
“Mereka tidak benarkan saya bermain kriket atau bola sepak. Saya juga
mahu ke sekolah tetapi guru tidak benarkan,’’ kata Verdant.
Keadaan ini memaksa Verdant bermain dengan adiknya, Vrisha yang baru berusia setahun di rumah dua bilik mereka sahaja. -
0 Komentar untuk "Kerana Memiliki Kali Besar Sebelah,Kanak-Kanak Ini Selalu Di Ejek Oleh Teman-Temannya"