Gerri Wolfe, 41, mengambil keputusan untuk melakukannya dengan menyambut sendiri kembar itu kerana bosan dengan prosedur pembedahan biasa yang pernah dijalani sebelum ini.
Ia merupakan pembedahan caesarean yang kelima bagi Gerri.
Kali ini dia terpaksa melahirkan kembar terbabit melalui pembedahan selepas mengalami masalah ketika mengandung 36 minggu.
“Saya kecewa apabila dimaklumkan perlu menjalani pembedahan lagi.
Selepas dibedah saya terpaksa berbaring di rumah sahaja sedangkan orang lain bebas bergerak.
“Justeru saya mahu melakukan sesuatu yang istimewa dan selepas membaca mengenai bantuan kelahiran ketika caesarean, maka saya tekad melakukannya,’’ katanya yang mengakui pada mulanya doktor enggan melakukan prosedur tersebut.
Namun, kata Gerri selepas dia bertegas maka doktor tiada pilihan.
Pada hari pembedahan, saya dipakaikan sarung tangan dan dibius separuh badan.
“Saya tidak dibenarkan bergerak dan menyentuh atau melakukan apa-apa sehingga disuruh.
“Doktor kemudiannya menyuruh saya memasukkan tangan dalam perut dan menarik sendiri bayi saya.
“Beberapa minit kemudian saya disuruh memasukkan tangan sekali lagi dalam perut dan dengan bantuan doktor, saya berjaya menggapai kepala seorang lagi bayi kembar,’’ katanya.
Kembar itu, Matilda dilahirkan dengan berat 3.04kg, manakala Violet pula 2.54kg. Gerri dirawat di hospital selama seminggu sebelum dibenarkan keluar.
0 Komentar untuk "Menakjubkan Ibu Tarik Sendiri Bayi Kembar Semasa Pembedahan Caesarean Dirinya "