Heboh Video Wanita Goreng Tempe Guna Tangan Kosong Dalam Minyak Panas

Seorang wanita dari Indonesia heboh di perbincangkan di dunia maya di rantau Timur Tengah dan Eropah kerana tindakan yang luar biasa. Wanita itu menggoreng dan membalikkan tempe dalam minyak mendidih dengan tangan kosong.

Laman LiveLeak yang pertama kali memuat naik aksi itu dan sudah dilihat lebih daripada 1 juta kali sejak dua hari lalu. Rakaman itu kini tersebar di laman Youtube dan pelbagai media dunia memuatkan berita tentang wanita itu.

Wanita itu kelihatan santai, semasa menggoreng, bahkan mengangkat minyak dengan tangan. Ramai pengunjung LiveLeak merasa takjub melihat wanita itu membalik tempe goreng dengan tangan kosong. Wanita itu tidak kelihatan kepanasan, malah tersenyum.
0 Komentar untuk "Heboh Video Wanita Goreng Tempe Guna Tangan Kosong Dalam Minyak Panas "

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info