Seorang
jurugambar senior bernama Zhengzhou dari China mendedahkan gambar tiga
orang pengemis dengan mengekori mereka. Mereka kelihatan sangat
profesional, pakaian mereka compang-camping. Geng pengemis ini
seolah-olah satu keluarga, bahkan menangis menyayat hati apabila
meminta-minta. Sudah pasti ramai yang bersimpati dan memberikan beberapa
keping wang pada mereka.
Jurugambar
dengan sabar menunggu seharian sehingga terkuak fakta yang sangat
mengejutkan. Tiga pengemis itu bukan orang miskin, kehidupan mereka jauh
dari mewah dari orang biasa. Mereka tinggal di rumah yang lebih baik.
Tiga pengemis itu juga bersarapankan burger di restoran makanan segera.
Ketika tengah hari, mereka makan daging lembu di sebuah restoran, minum
bir, mencuci mulut dengan tembikai dan makan aiskrim. Ketika malam tiba,
mereka makan di restoran mewah hotel lima bintang.
Bayangkanlah!
Orang yang memberikan mereka wang belum tentu boleh makan di restoran
hotel lima bintang. Hanya orang-orang kaya dan orang penting sahaja yang
mampu menikmati kemewahan hotel bintang lima. Bahkan jurugambar turut
berjaya merakam pengemis tersebut ketika membeli barang-barang mewah.
Dengan
berpura-pura sakit dan menangis, mereka mampu meraih banyak duit di
luar apa yang anda bayangkan. Rata-rata pendapatan pengemis adalah RMB $
3,000 .
Lihat gambar-gambar dibawah..
0 Komentar untuk "Gambar Pengemis Makan Di Restoran Mewah Selepas Habis Mengemis "