Nampaknya tiada apa lagi yang ‘tersembunyi’ dalam kamus hidup penyanyi penuh kontroversi, Miley Cyrus.
Buat pertama kalinya menerusi majalah ‘V’, dia telah berkongsi gambar
bogelnya secara berdepan dan hanya menutup bahagian sulitnya dengan buih
sabun.
Tindakan Miley itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sebelum ini dia
kerap memuatnaik gambar separuh bogelnya menerusi akaun Instagram.
Ramai netizen menganggap ia salah satu daripada ribuan usaha penyanyi
itu untuk mendapat perhatian ramai dengan cara yang tidak senonoh.
"Gadis ini perlukan bantuan.”
“Ibu bapanya pasti sangat ‘bangga’ dengannya!”
“Kenapa mereka paparkan gambar ‘Justin Bieber’ berbogel?”
Itu antara komen sinis daripada netizen sebaik sahaja gambar Miley tersebar di internet.
Hmm…memandangkan isu berbogel sudah dianggap perkara biasa oleh peminatnya, mungkin Miley boleh cuba memakai pakaian sopan?
Pasti ‘bergegar’ dunia hiburan dibuatnya…! – sumber
0 Komentar untuk "Gambar Miley Cyrus tanpa pakaian Cetus Kontroversi"