MEMILIKI wajah yang cantik dan berbakat besar, namun kerana pandangan
skeptikal masyarakat terhadap golongan wanita yang bertugas sebagai DJ,
Tatiana Alvarez terpaksa mengambil keputusan drastik!
Demi mengejar cita-cita sebagai ‘Disc Jockey’, wanita itu sanggup mengubah penampilannya menyerupai lelaki bagi mengaburi mata masyarakat terutama pelanggan di kelab malam.
Menggunakan nama Matt Muset ataupun gelaran ‘Musikillz’
ketika berlagak sebagai seorang lelaki, Tatiana berkata banyak perkara
yang terpaksa diubah terutama dari segi penampilan, pergerakan tubuh
serta layanan terhadap orang sekeliling.
Imbasnya, suatu ketika dahulu dia banyak menerbitkan muzik namun
ramai yang berkata, dia menggunakan kecantikan untuk mendapat perhatian.
Tidak setuju dengan kata-kata tersebut, Tatiana berhasrat untuk
mengikis imej seksi yang seringkali dikaitkan dengan wanita, lantas
bertekad untuk mengubah penampilan diri.
Melalui banyak transformasi termasuk meminta bantuan rakan yang
bekerja sebagai jurusolek bagi mengubah wajahnya sehinggalah membeli
alat kemaluan lelaki, semua dilakukan semata-mata untuk tampil lebih
maskulin.
Tatiana berpuas hati setelah ramai menghargai bakatnya selepas itu.
Media antarabangsa melaporkan, Warner Bros tertarik dengan kisah
hidup Tatiana lalu membeli hakcipta kerana berhasrat untuk
menfilemkannya.
Aktres Jennifer Lawrence disebut-sebut mungkin memegang watak sebagai DJ wanita ini.
-MYNEWSHUB.CC
Persembahan DJ Tatiana Di Church Night Club
0 Komentar untuk "Demi Menjadi DJ, Wanita Seksi Menyamar Sebagai Lelaki"