5 Cara Paling Mudah Untuk Kuruskan Badan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Sangka...

sekadar gambar hiasan

1. Kurangkan Gula
Kurangkan gula atau tinggalkan terus tabiat makan dan minum yang manis. Gula sememangnya diketahui umum sebagai makanan atau bahan perasa yang tidak sihat, tetapi ada yang masih tidak ambil berat akan kuantiti gula harian yang diambil.

Penggunaan gula yang banyak bukan sahaja boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, tetapi juga penambahan berat badan. Anda akan terkejut dengan perubahan bentuk badan yang terjadi sekiranya pengambilan gula dihentikan.

2. Sarapan Pagi
Tahukah anda bahawa mereka yang mengambil sarapan pada waktu pagi lebih kurus dibandingkan dengan mereka yang tidak bersarapan? Sarapan membekalkan tenaga kepada anda untuk bekerja sepanjang hari. Ianya mengenyangkan dan kemudiannya membantu anda untuk lebih berhati-hati dalam memilih makanan pada waktu tengah hari dan seterusnya.

3. Minum Air Putih
Seringkali kita diingatkan untuk minum lapan gelas air sehari. Kenapa? Salah satu kebaikannya adalah penurunan berat badan. Jika anda tidak suka akan rasa air putih, cari alternatif lain seperti menambahkan buah-buahan ke dalam air tersebut. Tapi ingat, tanpa gula!

4. Bahagikan Makanan
Cara mudah untuk mengelakkan makan dalam kuantiti banyak adalah dengan mengasingkan makanan tersebut ke dua bahagian. Simpan satu bahagian untuk dimakan kemudian. Ianya bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga dapat mengawal pemakanan anda.

5. Masak Di Rumah
Makanan yang dibeli di luar kebiasaannya mengandungi kalori yang tinggi. Masakan di rumah sudah tentunya lebih menyihatkan kerana kita tahu kandungan atau bahan apa yang digunakan.

Cuba resepi sihat yang boleh didapati di internet. Selain melaksanakan pelan menguruskan badan, ini juga adalah masa untuk anda belajar memasak. Ibarat sambil menyelam minum air.

0 Komentar untuk "5 Cara Paling Mudah Untuk Kuruskan Badan Yang Anda Mungkin Tidak Pernah Sangka... "

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info