KANTOI MENYAMAR PEREMPUAN UNTUK SKODENG DI TOILET


SINGAPURA - Polis menahan seorang lelaki menyamar seperti perempuan yang disyaki mengintip dalam sebuah tandas kolej.
Menurut Strait Times, jurucakap polis memberitahu bahawa seorang remaja berumur 21 tahun ditahan pihak pengurusan kolej kerana menceroboh.
Menerusi beberapa gambar dan video yang dimuatnaik ke laman Twitter dan YouTube, seorang lelaki memakai skirt, rambut palsu dan bertopi dilihat melutut dan merayu kepada sekumpulan pelajar yang menyerbunya.
"Lelaki ini berpakaian seperti perempuan dan masuk ke dalam tandas wanita untuk mengintai rakan saya," kata seorang pelayar, Norrick Nolesta di Twitter.
Polis masih menjalankan siasatan.
*******************************
Hukum Wanita Menyerupai Lelaki (Pengkid) Dan Hukum Lelaki Menyerupai Perempuan (Pondan Dan Mak Nyah) 
BAHAWASANYA Jawatankuasa Fatwa,pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 (Enakmen 4 tahun 2004), telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini:     Dan bahawasnya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah menperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini:     
Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: " Pengkid, iaitu wanita yang berpenampilan dan mempunyai gerak laku serta naluri seksual seperti lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita, ( mak nyah/pondan ) sama ada dari segi pakaian, penampilan dan gerak laku serta naluri seksual seperti wanita adalah HARAM di sisi Islam. Ibu bapa dan masyarakat Islam hendaklah memberi perhatian serius terhadap gejala ini serta menekankan pendidikan ,  tunjuk ajar yang sebaik-baiknya kepada anak-anak mereka khususnya dalam aspek berpakaian, perlakuan dan penampilan supaya gejala seumpama ini dapat dielakan kerana ia adalah berlawanan dengan fitrah dan sunnatullah"
0 Komentar untuk "KANTOI MENYAMAR PEREMPUAN UNTUK SKODENG DI TOILET"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info