Laman Web Tawar Teman Lelaki Untuk Disewa Dapat Sambutan

CUBA cakap, barang palsu dan tiruan apa yang tidak ditawarkan di negara China?

Malah satu laman web di China menarik perhatian dunia apabila menawarkan servis menyewa teman lelaki palsu.

Mungkin kedengaran aneh namun laman web shopping online, Taobou ini mendapat permintaan yang amat tinggi daripada pengunjung selepas servis itu dilancarkan.

Uniknya, laman Taobou ini bukan sahaja menawarkan lelaki tempatan Cina malah boleh memilih mana-mana lelaki warga asing daripada Kanada, German dan beberapa negara lain.

2604309400000578-2965898-image-a-16_1424728242002 2603A6A100000578-2965898-image-m-3_1424727904215 2603A6A700000578-2965898-image-m-6_1424728042894 2603A6F000000578-2965898-image-m-14_1424728196646

Harga yang ditawarkan bermula dari serendah 1,000 yuan (RM 581) hinggalah 10,000 yuan (RM5,839).
Bagaimanapun, pelanggan akan dikenakan caj tambahan jika mahukan aktiviti romantis seperti berpegangan tangan, berpelukan dan menonton wayang bersama-sama.

Servis ini mendapat permintaan tinggi ekoran ramai wanita mengakui kesunyian selepas bercerai atau berpisah dengan pasangan masing-masing.

Malahan ada yang mengunakan servis teman lelaki palsu ini bagi menipu keluarga semasa Tahun Baru Cina yang berlangsung baru-baru ini, mungkin untuk menunjukkan bahawa mereka bukanlah wanita ‘tak laku’ kepada sanak saudara.

Agak-agak kalau servis serupa ditawarkan di Malaysia ada yang mahu tak?
- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Laman Web Tawar Teman Lelaki Untuk Disewa Dapat Sambutan"

 
Copyright © 2014 the rock - All Rights Reserved
Template By Catatan Info